METRORIAU.COM
|
![]() |
|
||
POPULAR YOUTUBE PILIHAN EDITOR |
JAKARTA – Tourism Malaysia perkenalkan misi galakan pelancongan ke empat kota utama di Indonesia, Medan, Yogyakarta, Jakarta dan Surabaya. Peluncuran dilaksanakan hingga 18 April mendatang dengan melibatkan 36 pemain industri.
Industri yang ikut serta terdiri dari syarikat pengendali pelancongan, pengusaha produk pelancongan, MM2H, syarikat penerbangan dan pengusaha hotel di Malaysia. Mereka dipertemukan dengan penggiat industri pelancongan dari Indonesia untuk memperkuat kerjasama antara kedua negara.
Deputy Director Tourism Malaysia Medan, Puan Nor Hasni Saidin mengatakan, pasar Indonesia cukup potensial, sebagai salah satu negara di Asia Tenggara dengan kedatangan tertinggi di Malaysia.
"Misi melibatkan penganjuran seminar dan sesi business-to-business (B2B) bersama persatuan pelancongan utama Indonesia, seperti Asosiasi Travel Agen Indonesia (ASTINDO), Asosiasi Perusahaan Perjalanan Wisata Indonesia (ASITA), serta Asosiasi Pelaku Pariwisata Indonesia (ASPPI)," katanya.
Ditambahkannya, seminar memperkenalkan berbagai tawaran menaik ke Malaysia. Selain sebagai penarik masyarakat Indonesia ke Malaysia, program memberikan manfaat ekonomi jangka panjang bagi sektor pelancongan kedua negara.
Selain itu, lanjutnya, Tourism Malaysia akan mengadakan pertemuan dengan penggiat industri pelancongan utama Indonesia, termasuk syarikat penerbangan dan Online Travel Agencies (OTA) seperti Tiket.com dan Traveloka.
Dikatakannya, Batik Air menawarkan diskon khusus kepada pelancong Indonesia yang datang ke ibu negara untuk tujuan perobat. Dalam mempromosikan warisan budaya Malaysia, Kumpulan Marriot Bonvoy turut serta bersama Tourism Malaysia mengadakan promosi kebudayaan dan kuliner dengan membawa 8 chef mereka dari Malaysia ke empat hotel, yaitu JW Marriott Medan, Yogyakarta Marriot, The Ritz-Carlton Jakarta Mega Kuningan dan Sheraton Surabaya.
Jumlah wisatawan Indonesia ke Malaysia pada tahun 2024 tercatat 4,145,127 orang. Meningkat sebanyak 19.1% dibanding tahun 2023 dan 6.8% berbanding 2019. Hingga Maret 2025, terdapat 580 penerbangan mingguan dari Indonesia ke Malaysia dengan 106,134 tempat duduk tersedia setiap minggu.
Tourism Malaysia
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia atau Tourism Malaysia ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Malaysia. Tourism Malaysia giat memfokuskan kepada tugas khusus untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah muncul sebagai pemain utama dalam industri pelancongan antarabangsa.
Penganjuran kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bakal meraikan kelestarian industri pelancongan negara seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG). Selain itu, Tourism Malaysia turut menyokong Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) ke arah merealisasikan Tahun Melawat IMT-GT 2023-2025 bagi mempromosikan wilayah serantau sebagai destinasi pelancongan tunggal. Untuk maklumat lanjut, layari akaun media sosial Tourism Malaysia di Facebook, Instagram, X, YouTube, dan TikTok.*