|
METRORIAU.COM
|
![]() |
|
||
| POPULAR YOUTUBE PILIHAN EDITOR | ||||

MEDAN - Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, dengan kerjasama Mercy Malaysia, Diaspora Malaysia di Medan serta Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI), telah melaksanakan Program Peduli Bencana Banjir (P2B2) kedua di Aceh Tamiang.
Menerusi misi ini, pengagihan bekalan makanan, ubat-ubatan dan barangan keperluan asas kepada lebih 1,000 keluarga di kawasan terjejas. Lokasi tersebut terletak kira-kira 135 kilometer (empat jam perjalanan) dari Medan, yiaitu Kampung Dato' Desa Tanjung Manchang dan Dusun Alur Hitam.
"Bantuan yang diagihkan turut merangkumi bekalan makanan asas, kelengkapan solat seperti sejadah dan telekung, serta barangan kebersihan diri termasuk sabun, tuala wanita, berus gigi dan ubat gigi," kata Konsul Jenderal Malaysia di Medan, Shahril Nizam Abdul Malek.
Ketibaan pasukan Konsulat di Aceh Tamiang, disambut oleh Bupati Aceh Tamiang, Bapak Irjen Pol (P) Drs. Armia Pahmi. Dalam pertemuan tersebut, Konsul Jeneral menyampaikan salam takziah, doa, dan solidariti rakyat Malaysia kepada seluruh warga Indonesia yang terkesan dengan tragedi ini, khususnya masyarakat Aceh Tamiang. Bapak Bupati turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas pelaksanaan misi bantuan ini, serta menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif kemanusiaan oleh Kerajaan Malaysia.
Sewaktu misi ini, pihak Konsulat juga turut berjaya mengesan dua warga Malaysia yang terkandas di Aceh Tamiang sejak 27 November 2025, iaitu Encik Ahmad Riduan Shamsuddin dan Puan Maida Sueb. Kedua-dua warganegara tersebut dalam keadaan yang sihat dan dimaklumkan akan pulang ke tanah air dalam masa yang terdekat.*